BERNAMA - Malay Version

Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.
Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA
KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling
BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.
Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept
SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.
Am : Aidilfitri: 60,000 Nelayan Dibayar Elaun Sara Hidup Pada 8 Sept Ini
ALOR SETAR, 3 Sept (Bernama) -- Elaun sara hidup bulanan bagi 60,000 nelayan pantai di seluruh negara akan dibayar lebih awal pada 8 Sept ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut seminggu lagi
Am : Hujan Diramal Di Beberapa Negeri Di Utara Pada Aidilfitri Ini
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Negeri-negeri di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan dijangka menyambut Aidilfitri dalam suasana hujan.
Am : Polis Tawau Tumpu Tiga Kawasan Kemalangan Utama Dalam Ops Sikap Ke-22
TAWAU, 3 Sept (Bernama) -- Polis Tawau akan menumpukan penguatkuasaan di tiga jalan utama sepanjang Ops Sikap ke-22 yang bermula hari ini hingga 17 Sept ini.
Am : Lebih 600,000 Kenderaan Akan Berada Di Kelantan Pada Musim Perayaan
JELI, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan-jalan utamanya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Am : Bank Rakyat Perhebat Promosi Produknya
KOTA BAHARU, 3 Sept (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) Kelantan kini memperhebat promosi untuk memperkenal produk baharu melalui cawangannya di seluruh negeri.